Skip to main content

Advertisement

Bola Sepak

Sneijder kekal taruhan utama Oranje

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

wesley-sneijder-070617.jpg
Pengendali Belanda, Dick Advocaat, mengesahkan Wesley Sneijder akan diturunkan dalam kesebelasan utama bagi menghadapi kelayakan Piala Dunia menentang Luxembourg, minggu ini. 

Perancang Galatasaray itu kurang dipedulikan oleh jurulatih sebelum ini, Danny Blind, dan pemangku jurulatih, Fred Grim, manakala beberapa pemerhati mempersoalkan tahap kecergasan pemain berusia 32 tahun itu kebelakangan ini. 

Bagaimanapun, Advocaat menegaskan Sneijder akan kekal sebagai tonggak penting buat Oranje.

"Saya telah memantau aksi Sneijder di Galatasaray sepanjang musim ini," ujar bekas jurulatih Fenerbahce itu dalam sidang media menjelang aksi sulung di bawah kendaliannya. 

"Dia merupakan pemain terbaik Galatasaray -- mungkin pemain terbaik dalam saingan Turki yang sengit. 

"Maka, saya boleh mendedahkan Sneijder akan terlibat dalam kesebelasan utama. 

"Itulah pendapat saya mengenainya."

Andai diturunkan, Sneijder akan menjadi pemain terbanyak mewakili Belanda selepas menyamai rekod 130 perlawanan yang dicatatkan Edwin van der Sar ketika membenam Ivory Coast, 5-0, minggu lalu. 

Advertisement

Must Watch Video