Skip to main content

Bola Sepak

Skuad Piala Presiden Sabah juara kejohanan empat penjuru

250117-skuad-piala-presiden-sabah.jpg
Skuad Piala Presiden Sabah menjuarai kejohanan liga tertutup empat penjuru yang berlangsung di Kompleks Sukan Beaufort, semalam.

Dua kemenangan awal termasuk kenduri gol 9-0 ketika bertemu SAGA Beaufort serta kemenangan 2-0 terhadap kelab tempatan, Bingkul FC, sudah cukup untuk mengesahkan kejuaraan mereka bagi kejohanan edisi kedua itu.

Bagaimanapun, skuad kendalian Justin Ganai itu tewas 1-2 kepada pasukan Piala Belia bawah 19 tahun Sabah pada aksi terakhir mereka.

Sementara itu, skuad Piala Belia bawah 19 tahun yang dikendalikan Jelius Ating dinobat sabagai naib juara selepas menang dua perlawanan dan kalah sekali.

Selain kemenangan terhadap skuad Piala Presiden Sabah, mereka turut berjaya menundukkan pasukan Beaufort SAGA 4-0, namun tewas kepada Bingkul FC 0-1.

Dalam perkembangan lain, Bingkul FC muncul pemenang tempat ketiga hasil daripada dua kemenangan dan tewas sekali, bagaimanapun kelebihan jaringan lebih memihak kepada skuad Piala Belia bawah 19 tahun Sabah.

Terdahulu, piala kejohanan dan hadiah-hadiah disampaikan Ketua UMNO bahagian Beaufort, Datuk Isnin Aslianih, Presiden Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) Beaufort, Datuk Razak Sulaiman dan Setiausaha Eksekutif SAFA, Hasbullah Hj Yahya.

Advertisement

Must Watch Video