Skip to main content

Advertisement

Bola Sepak

Skuad futsal negara perlu segera perbaiki kelemahan -- Addie

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

31117addie.jpg
Bekas kapten futsal negara, Addie Azwan Zainal, optimis skuad futsal negara mampu menyinar dalam Sukan SEA, 19-31 Ogos nanti, walaupun sekadar meraih tempat ketiga dalam Kejohanan Futsal AFF di Bangkok, baru-baru ini.

Skuad futsal negara melepaskan peluang terbaik untuk mara ke final apabila tewas 5-3 kepada Myanmar dalam aksi terakhir peringkat kumpulan.

Muncul naib juara Kumpulan B, mereka terpaksa berdepan Thailand dalam aksi separuh akhir sebelum tewas 5-3.

Kehampaan itu ditebus menerusi kemenangan 8-1 ke atas Timor Leste dalam penentuan tempat ketiga-keempat.

Meskipun sekadar mengulangi pencapaian 2015, Addie tetap melabel ia satu pencapaian memuaskan berdasarkan senario futsal negara ketika ini.

"Pencapaian negara musim lalu tidak kurang hebat. Kita dapat nombor tiga walaupun membuat persiapan yang singkat," katanya.

Addie, bagaimanapun, menggesa skuad negara segera memperbaiki segala kelemahan bagi menghadapi Sukan Sea Kuala Lumpur.

"Tiada masalah untuk melawan Indonesia, Myanmar atau Thailand, cuma kita kekurangan pengalaman daripada pemain muda di mana mereka perlu berlatih lebih keras lagi," tambahnya. 

Thailand terus mengekalkan dominasi dalam Kejohanan Futsal AFF dengan meraih kejuaraan kali kelima berturut-turut sejak 2012, dengan Myanmar meraih naib juara buat kali pertama.

Advertisement

Must Watch Video