Pengendali Kuala Lumpur, Fabio Magrao, menetapkan misi baru untuk pasukannya selepas berjaya menumbangkan MISC-MIFA 2-1 untuk layak ke saingan Piala Malaysia 2017, iaitu merebut kejuaraan Liga Perdana musim ini.
Dua jaringan menerusi tonggak import, Modibo Konte dan Guilherme De Paula, sudah cukup untuk mengesahkan satu slot buat skuad warga kota ke saingan Piala Malaysia 2017.
Fabio kini lebih bersemangat dan mula memasang impian untuk merebut gelaran Liga Perdana.
Perbezaan mata antara empat pasukan teratas dalam Liga Perdana ketika ini tidak jauh berbeza, dengan Negeri Sembilan menerajui takhta dengan 27 mata, manakala Kuala Lumpur di tangga keempat dengan 20 mata.
"Sekarang, tumpuan kami beralih untuk merebut kejuaraan.
"Kami dibezakan tujuh mata dengan pendahulu, Negeri Sembilan, ketika saingan Liga Perdana memasuki pusingan kedua.
"Jadi, kami perlu memikirkan untuk terus mendaki kedudukan liga," kata pengendali dari Brazil itu.
Di pihak MISC-MIFA, impian pemain import, Bodric Dimitri, untuk menyambut ulang tahunnya yang ke-20 semalam tidak kesampaian apabila gagal membantu pasukannya mencapai kemenangan.
Meskipun menjaringkan gol pendahuluan dalam pertemuan tersebut, namun ketumpulan di jentera serangan masih ketara apabila beberapa peluang gagal disempurnakan untuk menambah jaringan.
"Sebagai pemain profesional, kalah atau menang adalah asam garam dalam bola sepak.
"Tidak kira sama ada anda berjaya menyumbat gol atau tidak, apa yang penting anda mampu bangkit dalam aksi berikutnya.
"Saya akan terus bekerja keras dalam sesi latihan dan beraksi lebih baik selepas ini," kata pemain dari Cameroon itu.