Pengendali Atletico Madrid, Diego Simeone, berpuas hati dengan kebolehan pasukannya untuk bersaing dengan gergasi LaLiga apabila mampu seri 1-1 dengan Real Madrid dalam aksi El Derbi, semalam.
Cristiano Ronaldo memberikan gol pendahuluan buat tuan rumah pada minit ke-53 sebelum Atleti bangkit menyamakan kedudukan hasil jaringan Antonio Griezmann dan hampir di depan menerusi percubaan Koke.
Atletico kekal di antara Barcelona dan Real dalam saingan Laliga, empat mata di atas Real.
Simeone, yang pernah membawa kejayaan LaLiga bersama Atletico, menyifatkan persembahan cemerlang pasukannya meneruskan rekod tanpa kalah dalam lima perlawanan musim ini.
"Kami berdepan dua gergasi utama LaLiga -- Real dan Barca," katanya.
"Pasukan seperti Paris Saint-Germain (PSG) dan Juve telah melihat betapa sukar untuk berdepan mereka. Kami telah berjaya melakukan sesuatu yang menakjubkan dalam perlawanan ini.
"Ia menunjukkan bahawa kami turut mampu berdaya saing," ujarnya lagi.