Diego Simeone berharap pertahanan Atletico Madrid, Sime Vrsaljko, mampu dipujuk bagi menolak tawaran daripada Inter untuk kekal di Sepanyol.
Ketua jurulatih Inter, Luciano Spalletti, mengesahkan Vrsaljko adalah sasaran utama kelab Serie A itu selepas pertahanan itu cemerlang beraksi bersama Croatia dalam saingan Piala Dunia.
Vrsaljko bersaing dengan Juanfran untuk mendapatkan slot bek kanan Atletico musim lalu, dengan pemain berusia 26 tahun itu tampil dalam 21 aksi liga dan memeterai kontrak lanjutan hingga 2022 pada Februari lalu.
Simeone telah membawa masuk Thomas Lemar dari Monaco, pemain kebangsaan Portugal, Gelson Martins, dan pemain tengah Villarreal ke dalam skuad, dan mahu memastikan Vrsaljko tidak ke mana-mana.
"Kami sangat gembira bersamanya," kata Simeone, "Dia tampil dengan aksi cemerlang dalam Piala Dunia -- banyak membantu pasukan ketika menyerang.
"Kelab masih lagi menunggu kehadirannya. Saya sangat gembira kerana dia adalah seorang pemain yang penting," tambahnya.
Ketika masa depan Vrsaljko masih belum terjawab, Antoine Griezmann memberikan komitmen penuh kepada Atletico dengan menandatangani kontrak baru bagi melenyapkan spekulasi untuk menyertai Barcelona.
Griezmann menjaringkan empat gol untuk Perancis di Russia 2018 dan Simeone percaya pemain berusia 27 tahun itu masih mempunyai ruang untuk memperbaiki permainannya.
"Saya berharap dia dapat terus berkembang kerana Griezmann adalah pemain yang penting buat kami."