Skip to main content

Bola Sepak

Simeone mahu Atletico lebih waspada

simeone-cropped_p0prxg7tko9l1xu48dk576965.jpg
REAL SOCIEDAD 3 ATLETICO MADRID 0

Jurulatih Atletico Madrid, Diego Simeone, menganggap masalah tumpuan sebagai punca aksi buruk yang menjejaskan harapan pasukannya untuk merebut gelaran Laliga berikutan kekalahan 3-0 kepada Real Sociedad di Stadium Anoeta, awal hari ini.


Keputusan itu meletakkan pasukan skuad Simeone itu 12 mata di belakang peneraju LaLiga yang belum terkalah, Barcelona, dengan lima perlawanan masih perlu diharungi.

Lebih mendesa, kini ialah perjuangan untuk menghalang Real Madrid daripada melonjak ke kedudukan kedua dan kunjungan bagi menghadapi Arsenal dalam separuh akhir Liga Europa di London, minggu depan.

Atletico akan menghadapi pertemuan pertama di London dengan rekod tiga kekalahan dan satu seri sepanjang empat perlawanan dalam semua pertandingan.

"Kami perlu kaji semula aksi kami di tempat lawan dan lebih berwaspada kerana kami membiarkan kami merudum," kata Simeone kepada wartawan.

"Hari ini kami tidak beraksi baik dalam babak pertama. Kami bertambah baik pada permulaan separuh masa kedua tetapi kami tidak konsisten untuk mencari peluang menjaringkan gol.

"Kami perlu lihat apa yang berlaku tetapi mengucapkan tahniah kepada Real Sociedad di atas kemenangan mereka."

Atleti akan menjadi tuan rumah kepada perlawanan menentang skuad di tangga kelima, Real Betis, Isnin ini, dan berpeluang kembali menutup jurang kepada sembilan mata di belakang Barca.

Pun begitu, kemenangan tidak akan menafikan hasrat Barca untuk mengesahkan gelaran apabila mereka berdepan Deportivo La Coruna tujuh hari kemudian.
 

Advertisement

Must Watch Video