Diego Simeone gembira melihat aksi pasukannya selepas Atletico Madrid selangkah lebih hampir untuk mara ke suku akhir Copa del Rey selepas menewaskan Las Palmas.
Koke dan Antoine Griezmann menjaringkan gol buat Atletico ketika menang 2-0 ke atas Las Palmas dalam aksi pertama buat tahun 2017.
Las Palmas mendominasi perlawanan tetapi tidak berjaya terlepas daripada kekalahan di laman sendiri dalam semua pertandingan sejak Mac sebelum Koke membuka jaringan pada minit ke-23 dan Griezmann menggandakan jaringan enam minit selepas bermula separuh masa kedua.
Simeone berkata: "Kkami memulakan perlawanan dengan memberikan tekanan kepada pasukan dan ia membuahkan hasil apabila kami berjaya menjaringkan gol.
"Bersambung dalam separuh masa kedua, kami mengulanginya dan Griezmann menjaringkan gol kemenangan.
"Dalam aksi Copa del Rey, anda tidak boleh hilang tumpuan. Ia merupakan satu pertandingan yang merumitkan dan kami harus memberikan yang terbaik dalam perlawanan di Vicente Calderon."
Koke pula berkata: "Saya sangat gembira di atas kemenangan dan kelebihan yang dimiliki. Semua pemain berada di tahap yang terbaik."
Atletico akan menerima kunjungan Las Palmas bagi aksi timbal balik pada 10 Januari.