Ketua jurulatih Atletico Madrid, Diego Simeone, enggan menyerah kalah meskipun harapan pasukannya dalam Liga Juara-Juara ibarat telur di hujung tanduk selepas dibelasah oleh seteru setempat, Real Madrid, 3-0 dalam aksi pertama separuh akhir, awal pagi tadi.
Cristiano Ronaldo mencipta suasana pesta di Santiago Bernabeu selepas merakamkan hatrik untuk mengulangi ketajaman penyudahnya ketika menyingkirkan Bayern Munich dalam pusingan sebelum ini.
Ini juga bermakna, perlawanan separuh akhir kedua minggu depan, adalah perlawanan Eropah terakhir yang akan dilangsungkan di Vicente Calderon dan ia harus menjadi alasan yang istimewa buat anak buah Zinedine Zidane beraksi cemerlang.
Di sebalik defisit besar yang dihadapi Atletico selepas dikecewakan dalam perlawanan akhir edisi 2014 dan 2016 kepada lawan yang sama -- Madrid juga menang dalam pertembungan di peringkat suku akhir pada 2015 -- Simeone tetap menaruh harapan biarpun selepas menyaksikan kerapuhan bentengnya.
"Pertemuan kedua masih ada," katanya. "Ramai orang akan percaya ia adalah mustahil tetapi bagi saya, ia tetap wujud.
"Bola sepak adalah menakjubkan kerana kadang-kadang perkara yang tidak diduga boleh berlaku. Saya berasakan kami masih mempunyai peluang.
"Ia amat sukar tetapi dalam bola sepak wujud perkara-perkara seperti ini. Sehinggalah segala kemungkinan berakhir, kami akan terus berjuang, tidak syak lagi."
Simeone menggandingkan Kevin Gameiro bersama penjaring terbanyak, Antoine Griezmann, untuk mengetuai serangan sebelum memasukkan Fernando Torres, Nicolas Gaitan dan Angel Correa dalam babak kedua dalam usahanya memburu gol di tempat lawan.
Namun, harapan itu dimusnahkan Ronaldo dalam tempoh 20 minit terakhir, begitupun Simeone tidak kesal.
Beliau menambah: "Mereka adalah pasukan yang lebih baik, daripada aspek menyudahkan peluang yang ada. Jadi, saya harus mengucapkan tahniah kepada mereka.
"Saya berasa tenang. Kami akan cuba untuk sesuatu yang mustahil. Kami adalah Atletico Madrid dan kami mampu melakukannya."