Kegagalan pemain Sabah menyekat kelincahan jentera serangan Johor Darul Ta’zim (JDT) menyebabkan mereka kecudang dengan jaringan yang besar di laman sendiri malam tadi.
Walaupun diberikan sokongan padu oleh penyokong Sang Badak, pemain-pemain Sabah masih layu seperti dipukau dengan kelicikan juara bertahan sembilan kali Liga Super itu.
Meskipun berjaya mendahului dengan jaringan Jafri Firdaus Chew melalui rembatan padunya, anak didik Datuk Ong Kim Swee itu masih tidak mampu untuk mendominasi permainan.
Selepas jaringan itu, anak didik Esteban Solari terus bangkit untuk mencari jaringan penyamaan dan akhir dilakukan Juan Muniz melalui rembatan lencongnya.
Bermula dari situ pemain Harimau Selatan bagaikan dirasuk dan tidak memberi ruang langsung kepada Sang Badak untuk mendominasi permainan dan akhirnya Bergson da Silva melakukan hatrik sementara Heberty terus merekodkan jaringan dalam setiap perlawanan yang dilaluinya walaupun baru dibawa masuk dalam jendela perpindahan.
Apa yang membuatkan pemain Harimau Selatan punya kelebihan barbanding Sang Badak semalam adalah sikap dan keinginan pemain-pemain dari selatan itu selain strategi yang di susun Solari.
Jika diperhatikan, setiap pemain JDT sentiasa peka dengan situasi permainan, lihat sahaja gerakkan jaringan-jaringan yang dilakukan Juan Muniz, Bergson dan Herbety.
Permainan kombinasi satu dua yang dipamerkan melalui lorongan tepi dan tengah telah membuatkan anak didik Ong Kim Swee terpesona sehingga mereka melihat sahaja pergerakkan itu tanpa memberi tekanan dan itu yang membuat mereka terperangkap.
Sikap dan keinginan yang tinggi itu sebenarnya membuatkan JDT berjaya sehingga kini kerana mereka berfikir dan bergerak.
Dengan itu, ia memudahkan Solari merencana strategi dan dapat memghidu kelemahan lawan untuk memburu kemenangan.
Ini yang perlu diberikan perhatian dan mengambil pengajaran kepada semua pemain serta pasukan kejurulatihan analisa untuk menilai apa kekuatan JDT supaya dapat menandingi serta mengimbanginya di setiap bahagian.
Itu yang tidak terjadi kepada pemain Sang Badak apabila hilangnya taktikal disiplin semasa bertahan dan itu membuat mereka hanyut dalam permainan Harimau Selatan.