Skip to main content

Bola Sepak

Sidibe pilih kekal bersama juara Ligue 1

djibril-sidibe-140717.jpg
Pemain pertahanan AS Monaco, Djibril Sidibe, melanjutkan kontraknya selama lima tahun lagi bersama penyandang juara Ligue 1 itu. 

Pemain berusia 22 tahun itu menyerlah dalam kempen yang menyaksikan skuad kendalian Leonardo Jardim meraih gelaran musim lalu sehingga mencetuskan minat banyak kelab. 

Barcelona dan Tottenham Hotspur adalah antara kelab yang dilaporkan membuat bidaan, namun Sidibe memutuskan untuk kekal di Stade Louis II. 

"Monaco gembira untuk mengumumkan pembaharuan kontrak Djibril Sidibe sehingga Jun 2022," kata satu kenyataan Monaco. 

Sidibe memberitahu laman sesawang rasmi kelab: "Saya sangat berbangga kerana dapat menyarung jersi ini. Ia ganjaran di atas kerja keras pada musim lepas secara berpasukan dan individu."

Naib Presiden, Vadim Vasilyev, menambah: "Kami sangat berbesar hati dapat melanjutkan kontrak Djibril Sidibe dan mengekalkan bek kanan Perancis. 

"Selepas Radamel Falcao and Kamil Glik, kami akan terus memperbaharui kontrak pemain utama sebagai bukti bahawa kami berazam untuk membentuk sebuah pasukan ampuh, musim ini. 

"Pembaharuan kontrak ini sebagai ganjaran kepada semua kerja keras di atas padang dan kualiti kemanusian di dalam bilik persalinan."

Dalam masa sama, Monaco masih berusaha untuk meyakinkan Kylian Mbappe supaya memeterai kontrak baru. 

Advertisement

Must Watch Video