Perlawanan suku akhir Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) akan berlangsung tidak lama lagi dengan undian bakal diadakan hari ini bagi menentukan lawan masing-masing.
Untuk rekod, pertemuan kalah mati itu akan berlangsung secara berpusat di Jeddah, Arab Saudi bermula 25 April hingga 3 Mei depan.
Seperti sedia maklum, menurut Konfederasi Bolasepak Asia (AFC), setiap pasukan akan bertemu lawan dari rantau yang berlainan dibezakan zon Asia Timur dan Barat.
Bekas juara Al Hilal (2019, 2021) dan Al Sadd (2011) menyasarkan untuk mengulangi pencapaian tersebut, manakala Al Ahli Saudi (2012) dan Yokohama F. Marinos (2023/24) mahu menjejakkan kaki ke final.
Sementara itu, Gwangju adalah pasukan pertama yang mara ke peringkat lapan pasukan terbaik dalam penampilan pertamanya sejak Vissel Kobe pada 2020.
Tidak dilupakan, wakil Asia Tenggara yang menewaskan Johor Darul Ta'zim (JDT), Buriram United, turut menanam impian untuk berentap dengan gergasi Arab yang memiliki bintang terkemuka dunia.
Saksikan undian menarik ini secara langsung di Astro Arena saluran 801 bermula pada jam 3.00 petang ini.
Tarikh: 17 Mac 2025, Isnin
Masa: 3.00 petang
Saluran: Astro Arena 801
Anda juga boleh tonton secara live streaming di Astro GO dan Sooka.

??? ???? ????? ???? ?... ✨
— #ACLElite | #ACLTwo (@TheAFCCL) March 14, 2025
Welcoming your #ACLElite Quarter-Finalists for 2024/25 ?
Who's your pick for the title? ? pic.twitter.com/a5TBnYMWsx