Dalam perjalanan pulang menaiki penerbangan tempatan AirAsia, saya secara tidak sengaja terserempak dengan pemain warisan negara, Dion Cools.
Dari jauh lagi sudah jelas kelihatan bahawa dia tampak mesra, sangat fatherly dan yang pasti, tampan! Tiada jarak antara personaliti awamnya sebagai atlet dan sikap sebenarnya di luar padang, dia hadir sebagai seorang bapa dan suami yang penuh prihatin.
Dion turut ditemani isterinya, Melissa Schelfhout, bersama dua anak mereka, seorang lelaki dan seorang lagi perempuan.
Walaupun suasana perjalanan agak panjang dari Osaka ke Malaysia disebabkan tanggungjawab Dion selaku pemain saingan J.League untuk pasukan Cerezo Osaka, Melissa kelihatan tenang dan cekap menguruskan segala keperluan anak-anak.
Ia jelas menarik perhatian saya, yang sisi berdikari seorang yang bernama isteri yang memastikan setiap langkah perjalanan keluarga kecil mereka berjalan lancar.
Sebagai contoh, sedang Dion menguruskan hal lain, Melissa bersama dua orang anaknya menyelesaikan perkara lain seperti bagasi dan lain-lain.

Jadi saya mengambil peluang untuk bertegur Dion untuk mengambil gambar sebagai kenangan, sempat juga berbual ringkas mengenai peranannya selaku kapten pasukan, Harimau Malaya, apabila dijadual berdepan Nepal di Stadium Nasional Bukit Jalil malam esok.
Pertemuan ringkas ini mengingatkan saya bahawa di sebalik setiap individu yang kuat, disiplin dan berpengaruh, pasti ada seseorang yang menjadi penyokong tidak kelihatan.
Dalam hal Dion, Melissa adalah tulang belakang yang sentiasa berdiri teguh melakukan pengorbanan dan memastikan keluarganya sentiasa dekat bersama Dion, memastikan dia mendapat sokongan yang diperlukan sebagai ketua keluarga.