Bekas penjaga gol England, Peter Shilton, cukup gembira melihat Sam Allardyce meninggalkan jawatan pengurus.
Allardyce dan Persatuan Bola Sepak Inggeris (FA) menamatkan kontrak pengurus berusia 61 tahun itu dengan persetujuan bersama, semalam, selepas rakaman skandalnya disiarkan Daily Telegraph.
Rakaman tersebut mendakwa dia memberitahu dua wartawan yang menyamar sebagai pelabur dari sebuah firma Timur Jauh bagaimana mereka boleh mengelak peraturan FA mengenai perpindahan pemain di bawah hak milik pihak ketiga.
Bekas pengurus Sunderland dan West Ham itu bertanggungjawab mengendalikan England hanya 67 hari, dan satu perlawanan, selepas menggantikan Roy Hodgson.
Shilton, yang membuat rekod 125 penampilan untuk England, berkata dia tidak pernah yakin dengan pelantikan Allardyce.
"Pertama sekali, saya fikir Sam Allardyce akan dimusnahkan oleh berita itu, jelas," katanya kepada Omnisport.
"Saya tidak terlalu kecewa kerana saya tidak begitu pasti mengenai pelantikan itu. Saya fikir untuk menjadi pengurus antarabangsa anda perlu mempunyai banyak kualiti dan saya tidak pasti Sam mempunyai semua pakej itu.
"Tetapi pastinya dengan pengumuman baru-baru ini, saya rasa FA telah membuat keputusan yang betul. Anda tidak boleh mempunyai pengurus antarabangsa yang berkelakuan seperti Sam miliki."
Gareth Southgate mengambil tugas pengurus buat sementara untuk baki empat perlawanan England tahun ini.
Shilton yang memuji FA kerana mengendalikan situasi tersebut, berkata badan induk itu tidak mempunyai pilihan.
"Ia pasti memalukan Sam Allardyce. Saya rasa FA memberikan dia kerja dengan penuh kepercayaan, tetapi kerana Sam Allardyce terlibat dengan perkara ini, jelas ia memalukannya dan memberikan FA satu masalah besar," katanya.
"Saya fikir mereka kendalikan dengan cepat, sangat pantas, tegas, dan itu adalah apa yang anda mahu daripada sebuah badan induk.
"Jadi, jelas ia bukan ideal, dia berada dalam jawatan itu untuk satu perlawanan, pemerintahan paling singkat, yang saya fikir bagi mana-mana pengurus antarabangsa, tetapi dia terpaksa pergi."