Skip to main content

Bola Sepak

Shereilynn berazam benam India

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

shereilynn.jpg
Skuad bolasepak wanita negara berazam meneruskan kecemerlangan dalam aksi antarabangsa tahun ini dengan menumpaskan India dalam perlawanan persahabatan, malam ini.

Sandaran utama negara dalam pertemuan itu pastinya pemain pertahanan, Shereilynn Elly Pius, yang beraksi cemerlang ketika Malaysia melakar kemenangan 4-1 ke atas Nepal dalam satu aksi pemanas badan, Mei lalu.

Biarpun beraksi di posisi pertahanan, pemain yang berasal dari Sabah ini tetap menyimpan hasrat untuk kembali meledak jaringan menentang India selepas menyumbat dua gol ketika berdepan Nepal.

"Kekuatan kami adalah bermain sebagai satu pasukan. Kami akan mengekalkan corak permainan sama seperti berdepan Nepal tetapi kami akan beri aksi lebih baik lagi," ujar Shereilynn .

Prestasi skuad negara untuk 2017 dilihat konsisten memandangkan daripada empat perlawanan antarabangsa sejak Februari lalu, mereka berjaya melakar tiga kemenangan dan satu seri.

Selain Shereilynn, Puteri Nor Alisa Wilkinson -- yang bertindak selaku penyerang -- turut memikul tugas penting di hadapan gawang lawan dan berharap dapat meneruskan momentum sedia ada.

"Saya akan cuba yang terbaik. Buat masa sekarang, persiapan kami agak baik. Pasukan India berada di tahap yang lebih baik berbanding kami, jadi kami perlu berikan yang terbaik," kata Alisa.

Advertisement

Must Watch Video