Perasaan teruja dikongsi dua pemain baharu T-Team, Ooi Shee Keong dan Syed Sobri Syed Muhammad, selepas menyertai pasukan itu untuk baki saingan Liga Malaysia (Liga M), musim ini.
Bekas ketua pasukan MISC-MIFA, Shee Keong, 26, menyifatkan keputusan berhijrah ke Pantai Timur merupakan langkah terbaik untuk meningkatkan prestasinya.
Ujarnya, dia sangat gembira berpeluang beraksi dalam Liga Super selepas tiga musim bersama MISC-MIFA dalam Liga FAM dan kemudian Liga Perdana.
“T-Team sebuah pasukan yang bagus dan banyak yang boleh dipelajari di bawah tunjuk ajar ketua jurulatih, Rahmad Darmawan.
“Saya sedia memberikan 100 peratus untuk pasukan ini dan mengikut arahan barisan kejurulatihan,” tambah Shee Keong.
Bagi anak jati Kemaman, Terengganu, Syed Sobri, 23, pula kesempatan mencurahkan keringat untuk The Titans ialah saat yang ditunggu-tunggu buatnya.
Kata Syed Sobri, selepas meninggalkan skuad Piala Presiden Terengganu, dia berkelana ke Sime Darby FC dan kemudian Melaka United, awal musim ini.
“Saya sangat teruja untuk kembali ke negeri ini dan sentiasa menanti jika ada rezeki di sini. Alhamdulillah, kini saya perlu bekerja keras untuk merebut tempat dalam pasukan,” ujarnya.
Shee Keong dan Syed Sobri adalah antara tiga muka baharu memperkuatkan T-Team di jentera tengah.
Turut menyertai mereka ialah Mohd Asrol Ibrahim dari pasukan Terengganu.