Pengurus Leicester City, Craig Shakespeare, berkata dia tidak berdepan masalah dengan Riyad Mahrez selepas pemain itu memberi bayangan mahu berhijrah kerana mendambakan aksi di pentas Liga Juara-Juara Eropah.
Mahrez -- pemenang anugerah Pemain Terbaik Persatuan Pemain Bolasepak Profesional (PFA) selepas membawa Leicester muncul juara Liga Perdana Inggeris musim lalu -- tidak menyembunyikan hasratnya mahu bertanding di pentas Eropah setiap musim ketika ditemu bual media.
Walaupun kembali mempamerkan prestasi terbaik sejak pemecatan Claudio Ranieri -- Leicester melakar lima kemenangan berturut-turut di pentas liga sehingga mara ke suku akhir Liga Juara-Juara -- mereka hanya mampu menamatkan musim ini di kedudukan kelapan.
Senario itu sekaligus mengesahkan bahawa The Foxes tidak akan membuat penampilan di pentas kejohanan Eropah musim depan, namun Shakespeare menafikan laporan bahawa Mahrez sedang mempertimbangkan masa depannya di Stadium King Power.
"Kenyataannya boleh ditafsirkan dalam pelbagai cara," Shakespeare memberitahu Sky Sports menjelang aksi berdepan Tottenham Hotspur, hari ini.
"Bagi saya, tidak ada salahnya meletakkan harapan tinggi, tidak kira daripada pengurus, pemain mahupun jurulatih.
"Dia berkata mahu beraksi dalam Liga Juara-Juara -- saya rasa kamu semua ingat bahawa saya juga ada berkata mahu menempuh pengalaman sama setiap musim selepas tewas di tangan Atletico Madrid. Jadi, pada saya ini bukan satu masalah.
"Kamu perlu bercakap dengan pemain mengenai perkara ini. Namun, jika tiada tawaran dibuat oleh pasukan lain, tiada sebab untuk membincangkan perkara ini.
"Apa yang penting, kami tahu bahawa tiada sebarang masalah timbul. Namun, sudah tentu kami mahukan pemain yang terbaik kekal."
Masa depan Shakespeare juga masih belum diputuskan, dengan kontraknya bakal berakhir hujung musim ini. Namun, dia menegaskan bahawa tiada sebab untuk terkejar-kejar dalam memburu kontrak jangka panjang.
"Kami masih ada dua perlawanan untuk ditempuhi, segala-galanya akan diputuskan nanti," tambahnya.