Penyerang Perak, Shahrel Fikri Md Fauzi, mampu menarik nafas lega apabila kecederaan lutut yang dialaminya tidak serius dan hanya memerlukan tempoh dua minggu untuk pulih.
Seringkali kecederaan lutut mengundang fobia dalam kalangan pemain bola sepak, lebih-lebih lagi jika ia melibatkan 'anterior cruciate ligament' (ACL) mahupun medial collateral ligament (MCL), yang memerlukan tempoh berbulan lamanya bagi proses pemulihan.
Pengesahan doktor perubatan skuad Perak semalam yang menilai kecederaan Shahrel tidak serius dan mampu kembali beraksi selewat-lewatnya minggu depan.
Bagi Shahrel, kecederaan awal musim bukan pembukaan yang sempurna untuknya sehingga menyebabkannya terlepas aksi menentang Kedah malam ini.
Sehubungan itu, dia memilih untuk lebih berhati-hati selepas ini.
"Saya datang ke sini kosong (baru pulih kecederaan ringan), jadi ketika menentang Johor Darul Ta'zim (JDT), saya cuba buat yang terbaik. Namun, dalam satu insiden, saya gagal mendarat dengan kemas sehingga mengalami kecederaan lutut.
"Saya kini menjalani pemulihan di gimnasium untuk menguatkan fizikal," katanya.
Bagi aksi pertama di laman sendiri, Shahrel sekadar menjadi pemerhati bersama dengan rakan sepasukan, Kenny Pallraj dan Nasir Basharuddin, yang turut berhadapan masalah kecederaan.
"Saya ditimpa kecederaan dalam perlawanan pertama, justeru selepas ini saya mahu memastikan sudah bersedia dan cergas 100 peratus sebelum beraksi," katanya lagi.