Selepas berehat hampir tiga bulan, penggempur tempatan paling berbisa musim lalu, Muhammad Shahrel Fikri Md Fauzi, kembali memperkuatkan PKNP FC untuk berdepan Kedah dalam Liga Super di Stadium Batu Kawan, esok.
Shahrel terpaksa berehat panjang kerana mengalami kecederaan hamstring dan diketepikan dalam dua perlawanan pertama liga musim ini.
Penyerang terbaik Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2017 itu menegaskan dia kini sudah bersedia untuk kembali beraksi.
Shahrel, yang sudah pulih sepenuhnya daripada kecederaan, berada dalam skuad 22 pemain untuk aksi menentang Lang Merah, sekali gus ditagih untuk membantu PKNP menambah duka lawan.
"Kami tahu kapten (Shahrel) sudah kembali dan ia memberi motivasi yang baik untuk pasukan.
"Kepulangannya dapat membantu menguatkan lagi bahagian serangan," kata pemain sayap PKNP, Mohamad Hafiz Ramdan.
Ketiadaan Shahrel yang mesra dipanggil Eki dalam dua perlawanan terdahulu diisi penyerang muda, Alif Safwan Sallahuddin.
Dengan meledak 20 gol musim lalu, kehadiran Shahrel tampak mampu menajamkan lagi jentera serangan pasukan selepas tumpas 0-3 kepada Johor Darul Ta'zim, Selasa lalu.
"Pemain harus fokus sehingga mnit-minit terakhir kerana setiap pasukan mempunyai pemain import dan tempatan yang berkaliber," kata jurulatih pasukan itu, Abu Bakar Fadzim.
Diletakkan selaku pasukan pilihan dalam saingan liga, permulaan buat Lang Merah setakat ini agak mengecewakan.
Selain tewas dalam dua perlawanan awal, Kedah juga pasukan yang melepaskan gol paling banyak setakat ini dengan lima jaringan.