Skip to main content

Bola Sepak

Setiap pemain perlu pikul tanggungjawab -- Dollah

dollah-salleh_5.jpg
Bukan sahaja pertahanan perlu diperbaiki, malah setiap posisi perlu memainkan peranan penting seandainya Pahang mahu bangkit semula dalam saingan Liga Super selepas tewas 2-0 kepada Johor Darul Ta'azim (JDT) di laman sendiri, Selasa lalu.

Pahang bakal turun berdepan PKNS di Stadium Shah Alam, malam esok, selepas gagal melakar kemenangan dalam empat perlawanan berturut-turut dalam semua kejohanan.

Pengendali, Dollah Salleh, mengakui setiap pemain dalam pasukannya perlu bertanggungjawab atas kekalahan itu meskipun wujud kelonggaran ketara di jentera pertahanan.

Kali ini, dia mahu barisan pemain menyedari tugas masing-masing di setiap posisi bagi menyekat kemaraan PKNS, lantas membolehkan mereka mencipta peluang menjaringkan gol.

Tok Gajah memerlukan tiga mata sekiranya mahu merapatkan jurang dengan pasukan pendahulu, JDT.

"Saya tidak mahu bercakap mengenai kelemahan bahagian pertahanan, sebaliknya kelemahan itu adalah menyeluruh. Apa sekalipun semua pemain, terutama yang diturunkan, perlu memberikan aksi terbaik," katanya.

Bagaimanapun, Dollah tidak dapat menurunkan kapten pasukan, Matthew Davies, yang direhatkan buat sementara waktu ekoran kecederaan.

"Selain Matthew Davies, Faisal (Abdul Halim) dan Muslim (Ahmad) juga kemungkinan besar tidak dapat beraksi," tambahnya.

Advertisement

Must Watch Video