Zainal Abidin Hassan boleh dianggap sebagai antara legenda bola sepak negara yang masih aktif dalam kancah Liga Malaysia sehingga ke hari ini. Selepas mencipta nama selaku pemain pada era 80-an hingga 90-an, dia kemudian melakar beberapa kejayaan selaku jurulatih.
Pengendali berusia 56 tahun ini telah beraksi bersama Selangor dan Pahang sepanjang kariernya dan menjuarai Piala Malaysia sebanyak enam kali merupakan antara pencapaian yang pernah diraihnya.
"Selangor dan Pahang banyak membantu saya meraih banyak pengalaman untuk beraksi di pentas domestik dan antarabangsa. Mereka banyak memberikan pengajaran dan dari situ, saya telah dipilih menjadi pemain skuad kebangsaan," kata Zainal.
Bersama skuad kebangsaan, Zainal juga pernah memenangi pingat emas Sukan SEA 1989 di Vietnam dan naib juara Piala AFF pada 1996.
Selepas menggantung butnya sebagai pemain, Zainal bertukar angin dengan mendalami ilmu kejurulatihan. Bermula sebagai ketua jurulatih skuad bawah 17 tahun negara, dia diangkat menjadi penolong jurulatih kebangsaan membantu Allan Harris.
"Setiap jurulatih memiliki kelebihan masing-masing. Saya amat menghormati dan menyanjungi jurulatih, Tan Sri Abdul Ghani Minhat kerana beliau yang mengajar saya asas bola sepak."
Pada tahun berikutnya, Zainal kembali ke kancah Liga M dengan memimpin Pahang menjuarai Piala Malaysia 2014 apabila menewaskan Johor Darul Ta'zim (JDT). Dia kini bersama Pulau Pinang bagi saingan musim 2016-17.
Zainal merupakan seorang pemain yang pernah mengecapi banyak kejayaan sebagai pemain dan jurulatih, namun tidak dikaburi dengan pencapaian tersebut, sebaliknya mahu melakar lebih lagi pada masa akan datang.
"Walaupun saya pernah menjuarai semua gelaran, semangat saya terhadap sukan ini tidak pernah luntur. Setiap perlawanan adalah penting dan saya sentiasa mendahagakan kejuaraan."