Ketua jurulatih AC Milan, Sergio Conceicao, berbalah dengan ketua pasukan, Davide Calabria, meskipun mereka mencatatkan kemenangan dramatik 3-2 berdepan Parma, semalam.
Matteo Cancellieri terlebih dahulu membuka tirai jaringan sebelum bekas pemain Chelsea, Christian Pulisic, menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti pada minit ke-38.
Parma seakan memperoleh kemenangan tatkala gol daripada Enrico Del Prato pada minit ke-80 mengejutkan seluruh San Siro, namun Tijjani Reijnders dan Sameul Chukwueze pada masa tambahan memastikan skuad tuan rumah mendapatkan tiga mata penuh dalam saingan Serie A.
Ini adalah kali pertama dalam sejarah Serie A di mana Milan memenangi perlawanan dengan menampilkan kebangkitan selepas ketinggalan 1-2.
Bagaimanapun, situasi tegang berlaku ketika mereka ingin meraikan kemenangan penting sehingga perlu dipisahkan oleh rakan sepasukan di antara Conceicao dan Calabria.
Calabria telah digantikan pada minit ke-77, namun Conceicao jelas kecewa dengan reaksi pemain kebangsaan Itali itu.
“Saya mengharungi perlawanan itu dan memahami perasaan mereka bahawa semua pemain meluahkan keinginan untuk menang.
"Akhirnya, terdapat sedikit pergaduhan ketika bercakap mengenai Davide, saya fikir terlalu banyak perkataan yang diucapkan.
"Pemain tahu bahawa mereka semua penting bagi saya, seperti sebuah keluarga. Jika saya berada di restoran dan anak saya melakukan sesuatu yang saya tidak suka, saya akan memberitahunya.
"Ia tidak menyenangkan untuk dilihat, tetapi dalam bola sepak tidak mengapa. Kami bukan berada di gereja,” kata Conceicao.

Here is the video of Conceicao and Calabria arguing with each other pic.twitter.com/tu7PwCsJoB
— WGM ? (@WhatGattusoMad) January 26, 2025