Jurulatih Kelantan, Sathit Bensoh, menegaskan keputusan seri 1-1 menentang Terengganu adalah lebih baik berbanding tewas walaupun misi meraih tiga mata penuh gagal direalisasikan pasukannya dalam Liga Super di Kota Bharu, semalam.
Kelantan membawa misi penting dalam pertemuan jiran setempat Pantai Timur itu selepas kecundang 1-2 dalam perlawanan pertama menentang Melaka, Sabtu lalu.
Menampilkan kesebelasan berbeza, gawang tuan rumah, bagaimanapun, dibolosi seawal minit pertama hasil jaringan penyerang berbisa pelawat, Kipre Tchetche.
Namun, mujur penyerang import dari Korea Selatan, Do Dong-hyun, tampil penyelamat The Red Warriors menerusi gol penyamaan pada minit ke-38.
Kedua-dua pasukan mengakhiri perlawanan dengan kedudukan 1-1 untuk berkongsi mata.
"Ia adalah keputusan yang baik daripada kalah. Kita dapat lihat dalam perlawanan. Kalau pemain saya tidak beraksi baik, sudah tentu kami kecewa tetapi aksi mereka sangat memuaskan. Ia juga adalah tuah kami," kata Sathit.
Sementara itu, jurulatih Terengganu, Irfan Bakti Abu Salim, mengakui terkejut dengan persembahan Kelantan yang diakuinya jauh lebih baik berbanding aksi pertama.
"Sudah tentu (sukar), bermain di tempat lawan dan meraih 1-1 saya gembiralah. Tetapi saya menjangkan kami mendapat tiga mata selepas menyaksikan Kelantan bermain buruk ketika menentang Melaka.
"Mungkin pertukaran dua, tiga pemain mengubah rentak mereka," kata Irfan.
Jurulatih veteran itu sedikit kecewa dengan aksi anak buahnya, terutama di bahagian tengah, kerana gagal menyaingi jentera tengah lawan dalam perlawanan itu.