Skip to main content

Bola Sepak

Separuh Masa: Malaysia-Oman sama handal!

oman-malaysia.jpg
Tiada jaringan berjaya dihasilkan dalam separuh masa pertama aksi Malaysia bertemu Oman dalam saingan kelayakan Piala Dunia/Piala Asia yang berlangsung ketika ini.

Dalam ketiadaan beberapa tonggak utama skuad kebangsaan Kim Pan-gon telah berusaha menggarap barisan terbaik dengan menggunakan formasi mirip aksi di pentas Piala Asia, tiga pertahanan tengah sementara bahagian sayap pasukan kekal menjadi milik Faisal Halim serta Arif Aiman Md Hanapi.

Tuan rumah turun dengan sasaran untuk memastikan permainan yang bersifat positif apabila menurunkan empat pemain yang memiliki kualiti sentuhan penyudah berbisa, antaranya, Issam Al Sabhi, Omer Al Malki, Muhsen Al Ghassani, Abdul Aziz Al Shamousi serta Salaah Al Yahyaei.

Oman mempamerkan dominasi daripada segi corak permainan dengan deretan serangan demi serangan dilancarkan namun berjaya dipatahkan benteng akhir Malaysia.

Sementara kelebihan daripada segi fizikal ternyata menjejaskan gerakan serangan Malaysia apabila kerap kali berjaya dipatahkan Oman.

Terus ikuti 45 minit kedua aksi Malaysia bertemu Oman di Astro Arena!

Advertisement

Must Watch Video