BARCELONA 1 VALENCIA 0
Bintang Barcelona, Luis Suarez, memberi amaran bahawa perlawanan separuh akhir Copa del Rey menentang Valencia jauh daripada berakhir selepas kemenangan 1-0 di Camp Nou, awal pagi tadi.
Skuad Barca bimbingan Ernesto Valverde itu akan membawa kelebihan tipis ke Mestalla selepas penyerang, Suarez, melakukan tandukan pada separuh masa kedua dalam aksi pertama itu.
Barca menguasai perlawanan tetapi mereka tidak mampu memecah kubu pertahanan Valencia sehingga Lionel Messi membuat hantaran kepada Suarez untuk memusnahkan halangan pelawat pada minit ke-67.
"Ia merupakan kelebihan minimum kerana masih ada lagi 90 minit," kata Suarez kepada wartawan.
"Valencia sentiasa kuat di laman sendiri dan mereka lebih baik dalam separuh akhir Copa."
Keputusan itu melanjutkan rekod tanpa kalah Barca dalam Copa del Rey di laman sendiri kepada lima tahun, dengan kali terakhir merasai kekalahan ketika menentang Real Madrid pada 2013.
"Mereka tidak menimbulkan masalah kepada kami, ini penting. Ia menunjukkan mereka menghormati kami," kata pemain antarabangsa Uruguay itu.
"Kami mempunyai peluang walaupun memiliki ruang kecil, mereka mempunyai peluang biarpun tidak masuk."
Suarez kini menjaringkan 12 gol daripada 10 perlawanan terakhir dalam semua pertandingan dan dia menambah: "Ia sentiasa penting untuk membantu pasukan, hari ini dengan satu lagi gol dan kami berharap dapat meneruskannya."