Skip to main content

Bola Sepak

Sentuhan Almeida kecewakan T-Team

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

ea4.jpg
Kepulangan semula pengendali Melaka United, Eduardo Elmeida, ke Kuala Terengganu malam tadi berakhir dengan kemenangan besar 5-1 mengatasi bekas pasukannya, T-Team.

Menyedari hanya kemenangan mampu menjarakkan Melaka dari zon penyingkiran, anak-anak buah Almeida tampil dengan rentak tersusun untuk bangkit walaupun terlebih dahulu ketinggalan.

Mengakui gagal beraksi baik dalam babak pertama, jurulatih kelahiran Portugal itu menukar corak permainan dan percaturan itu membuahkan hasil apabila mereka lebih agresif memburu gol.

Jelasnya, tumpuan kini terarah kepada memburu sekurang-kurangnya dua lagi kemenangan untuk terus kekal dalam saingan Liga Super musim depan.

“Kami sudah menjangkakan tentangan sengit di awal permainan. Tiga mata ini cukup menggembirakan.

“Semoga berjaya kepada T-Team dan saya harap mereka juga kekal musim depan,” kata Almeida.

Dalam perlawanan malam tadi, tuan rumah terlebih dahulu di depan pada minit ke-32 menerusi tandukan pemain gantian, Muhammad Fauzi Abdul Kadar.

Melaka mempamerkan taring selepas tamat separuh masa pertama apabila menyamakan kedudukan 1-1 hasil sepakan leret Marko Simic pada minit ke-50.

Sepuluh minit kemudian, hantaran G. Puaneswaran dari sebelah kanan berjaya disudahkan Muhammad Fauzi Roslan untuk gol kedua Melaka.

Puaneswaran turut mencetak nama selaku penjaring gol selepas menyudahkan umpanan Felipe de Almeida Souza (m-70).

Almeida Souza kemudian menewaskan Mohd Hafidz Romly melalui sepakan percuma pada minit ke-73 untuk menjadikan kedudukan 4-1 sebelum Simic melengkapkan pesta gol Melaka seminit sebelum tamat perlawanan.

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video