PKNS FC mendapat suntikan semangat menjelang aksi pembukaan Liga Super dengan majlis pelancaran jersi rasminya di Shah Alam hari ini.
Selain memperkenalkan barisan pemain dan jersi baru, PKNS turut mengumumkan cogan kata 'Fight All Fear None' sebagai penyuntik semangat untuk mempercayai kemampuan sendiri.
Menurut ketua pasukan, Safee Sali: "Ini satu nafas baru untuk PKNS pada tahun ini.
"Kata-kata azimat ini memberi kata-kata semangat kepada pemain dan kami akan membawanya ke dalam padang, Fight All Fear None."
Safee, yang akan terus bersama Semut Merah buat musim kedua, menyuarakan keyakinan terhadap keupayaan mereka yang lebih ampuh sambil menyahut cabaran memburu setidak-tidaknya satu kejuaraan pada musim ini.
"Sasaran itu boleh direalisasikan berdasarkan pemain dalam skuad ini, semua pemain berpengalaman dalam Liga Super.
"Kami akan memberikan cabaran yang hebat tahun ini dan sudah pasti kami perlu bekerja keras untuk bersaing dalam Liga Super.
"Skuad ini nampak lebih seimbang berbanding musim lalu.
"Kami perlu membuktikannya dan mula fokus dalam aksi sebenar Sabtu ini.
"Daripada segi setiap posisi, kami sudah bersedia," katanya menjelang misi sulung menentang Terengganu FC di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah.