Skip to main content

Bola Sepak

Semua pasukan Liga Super sedang cuba selesaikan masalah hutang lapuk

060117-ketua-pegawai-eksekutif-usahasama-liabiliti-terhad-bola-sepak-malaysia-fmllp-kevin-ramalingam.jpg
Ketua Pegawai Eksekutif Usahasama Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia (FMLLP), Kevin Ramalingam, memberi jaminan permasalahan membabitkan hutang lapuk pasukan Liga Super sedang diselesaikan pasukan terlibat ketika ini. 

Kevin juga mengesahkan tiada pasukan yang akan menarik diri daripada saingan liga 2017. 

Menerusi pelesenan kelab yang diguna pakai mengikut peraturan yang ditetapkan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), ia dipraktikkan dengan sasaran tiada sebarang masalah hutang lapuk membabitkan semua pasukan menjelang 2018. 

Tegas Kevin, usaha ini dilakukan bagi mengelak ketirisan pembayaran gaji membabitkan pemain import dan tempatan yang sering menjadi isu utama setiap kali musim berakhir.

Jika ada dakwaan kegagalan pembayaran gaji berlaku atau melibatkan hutang lapuk, FMLLP berhak untuk menyekat kemasukan pasukan dalam saingan liga, namun segalanya perlu melibatkan dokumentasi yang sah. 

"Buat masa ini, semua pasukan yang ada bayaran tertunggak sedang cuba menyelesaikan masalah mereka. 

"Menjelang sepak mula liga nanti, kita tidak akan mempunyai masalah yang lepas-lepas," kata Kevin. 

Dalam masa yang sama, proses pendaftaran awal membabitkan jumlah minimum 20 pemain buat semua pasukan dalam Liga Malaysia 2017 berjalan lancar pada tarikh terakhir yang telah ditetapkan. 

Advertisement

Must Watch Video