Pertahanan, Hector Bellerin, menjelaskan bahawa "semua orang" di Arsenal sentiasa mengetahui Mesut Ozil akan memberikan komitmen penuh mengenai masa depannya kepada
kelab berkenaan kerana pemain kebangsaan Jerman itu memiliki semangat untuk The Gunners dan London.
Laporan mula mengelilingi Ozil sejak penghujung Januari lalu selepas kontraknya hanya berbaki enam bulan. Dia telah bersetuju untuk melanjutkannya yang menyaksikannya akan kekal di Stadium Emirates hingga 2021.
Arsenal membuat persetujuan rasmi pada 1 Februari sebagai mengakhiri segala spekulasi melibatkan Ozil dengan kelab lain selepas mereka menandatangani penyerang, Pierre-Emerick Aubameyang dari Borussia Dortmund.
Masa depan Ozil menjadi perbualan utama sejak tahun lalu, tetapi Bellerin berkata dia yakin bahawa bekas perancang Real Madrid itu akan kekal.
"Semua orang di lapangan latihan dan pasukan mengetahui dia akan kekal," kata Bellerin.
"Dia amat meminati London, mencintai Arsenal dan sentiasa berang jika perkara yang dirancang tidak berhasil. Jadi, anda mengetahui betapa bermakna sekali kemenangan atau kekalahan kelab ini," kata Bellerin.
"Terdapat keterujaan dengan kehadiran pemain-pemain baru. Untuk memiliki kualiti seperti Ozil memberikan satu keterujaan baru buat penyokong-penyokong."