Skip to main content

Bola Sepak

Semua orang buat silap, saya maafkan pengadil -- Yusri Che Lah

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

yusri-che-lah_1.jpg
Ketua Jurulatih Perak, Yusri Che Lah, sedia memaafkan Razlan Joffri Ali seandainya pengadil itu melakukan kesilapan yang tidak memihak pasukannya ketika tewas 0-5 kepada Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam perlawanan tertunda Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Iskandar Puteri malam tadi.

Perlawanan itu dipalit dengan dua keputusan kontrovesi pengadil yang mengundang pertikaian ramai.

Yang pertama melibatkan terjahan keras pertahanan JDT, Feroz Baharudin, ke atas pemain Perak, Clayton Silveira, yang tidak diberikan sepakan penalti selepas semakan video bantuan pengadil (VAR) pada minit ke-37.

Insiden kedua pula melibatkan pergaduhan di antara bintang Harimau Selatan, Arif Aiman Hanapi, dan pertahanan Perak, Tommy Mawat Bada, di mana Arif Aiman tidak dibuang padang meskipun dilihat melepaskan tumbukan ke muka Tommy Mawat.

 


Mengulas mengenai dua insiden itu, Yusri berkata dalam sidang media selepas perlawanan: "Saya risau untuk memberikan komen mengenai pengadil. Sebenarnya saya sudah rasa sukar untuk kami dapatkan sepakan penalti tetapi saya bangga dengan keputusan pengadil.

"Saya rasa satu Malaysia dapat tengok malam ini, dua keadaan yang mendapat keputusan berbeza.







"Jadi, disebabkan perbezaan tersebut, saya nampak dia banyak menyebelahi kami dalam babak kedua.

"Mungkin -- saya tidak cakap dia buat silap tetapi mungkin -- manusia buat kesilapan, terutama pengadil, jadi kami maafkan dia.

"Tetapi dalam keadaan tersebut, kami juga tertanya-tanya mengapa kami tidak dapat dan mungkin juga ada kontak daripada pemain saya ketika JDT mendapatkan jaringan.

"Dan saya tidak berapa jelas mengenai kedudukan Cleyton ketika bertembung dengan Feroz, jadi saya tidak berani untuk mengatakan sesuatu," katanya.
 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video