Penyerang merangkap ketua pasukan PKNP FC, Shahrel Fikri Md Fauzi, menyifatkan kejayaan ke separuh akhir Piala FA menyemarakkan semangat pemain menjelang pertembungan Liga Super dengan PKNS FC di Shah Alam, malam ini.
Penyerang kebangsaan itu sedar kedudukan PKNP masih belum kukuh dalam saingan Liga Super selepas bermula dengan rentak kurang konsisten musim ini.
Namun, Shahrel percaya kelab dari Perak itu kini lebih bersedia untuk berdepan Semut Merah di laman mereka susulan kejayaan dalam Piala FA itu.
"Selepas bertemu Felda United (dalam suku akhir Piala FA), kami mempunyai misi baru dalam Liga Super.
"Walaupun kedudukan kami dalam liga masih terumbang-ambing dan masih menyesuaikan diri, Alhamdulillah sekarang semuanya berjalan dengan lancar.
"Jurulatih pun mempersiapkan kami secukupnya dari segi latihan," kata Shahrel.
Dalam masa sama, pengendali PKNP, Abu Bakar Fadzim, turut menyasarkan keputusan positif berdepan PKNS.
Beliau sedar skuad PKNS kendalian Datuk K. Rajagobal memiliki barisan ampuh.
Namun, bekas pertahanan The Bos Gaurus itu percaya anak buahnya sudah bersedia menangani PKNS.
"Dalam saingan Piala FA, apabila kami ketinggalan, kami memerlukan kebangkitan kualiti untuk mencari gol.
"Sebaliknya dalam liga, kami perlu bersabar dan bijak merancang pergerakan. Kami harus ingat, kealpaan juga boleh dihukum.
"Kami ingin mencari mata," ujar Abu Bakar.