Skip to main content

Bola Sepak

Selangor hilang tiga pemain utama

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

maniam6218.jpg
Tiga pemain utama Selangor, iaitu Azamuddin Akil, Rufino Segovia dan Ilham Udin Armaiyn, terpaksa melupakan aksi kedua Liga Super bertemu Melaka ekoran kecederaan yang dialami dalam kemenangan 2-0 ke atas Kuala Lumpur di Stadium Kuala Lumpur, Cheras, kelmarin.

Kecederaan lutut Azamuddin menuntut dia berehat selama tiga minggu, sekali gus merencatkan perancangan jurulatih Selangor, P. Maniam.

Azamuddin tampil berkesan buat Selangor, namun kecederaannya dalam separuh masa pertama membawa kepada penggantian menerusi kelibat Amri Yahyah.

"Kami ada pilihan pemain gantian yang baik. Saya rasa ini adalah peluang untuk membuktikan bahawa mereka boleh bermain lebih baik berbanding pemain lain," kata Maniam.

Sementara itu, dua pemain import Selangor, Sergovia dan Ilham, dalam pemerhatian dan bakal diketepikan untuk berdepan Melaka sekiranya mengambil masa lama dalam proses pemulihan.

Dalam perkembangan sama, Selangor tidak mengambil mudah bakal lawan mereka dalam pusingan kedua Piala FA, sama ada MOF FC atau CNA FC.

Maniam berkata Selangor tetap berwaspada dan mengambil kira kekuatan dua pasukan itu bagi mengelak skuadnya dimalukan.

"Ia juga bukan perlawanan yang mudah. Bagaimanapun, mungkin kami boleh membawa masuk dua atau tiga pemain muda dalam perlawanan itu.

"Kami tidak sabar untuk menghadapi pusingan kedua piala itu," ujar jurulatih itu.

Advertisement

Must Watch Video