Berjaya dari menyekat Johor Darul Ta’zim menembusi pintu gol Selangor sepanjang separuh masa pertama, ia telah memaparkan kualiti sebenar anak didik Tan Cheng Hoe dan melihatkan juga bagaimana pasukan kejurulatihan Red Giants membuat analisis dengan baik. Dengan menutup laluan tengah dengan padat ia telah memberikan kesukaran kepada pemain-pemain ‘attacking midfield’ Harimau Selatan untuk melakukan serangan melalui laluan tengah sebagaimana yang dilakukan JDT sebelum-sebelum ini.
Atas faktor kesukaran untuk menembusi benteng Red Giants melalui laluan tengah itu yang membuatkan Estefan Scolari pantas berfikir menukar strategi serangan juara sembilan kali berturut-turut Liga Super itu dengan mengunakan pemain-pemain “wing backs” dan “winger” seperti Arif Aiman, Akhyar Rashid, Oscar Aribas, Juan Muniz dan Endrik dos Santos untuk melakukan hantaran-hantaran lintang ke dalam kawasan penalti. Dengan pertukaran strategi itu ia banyak memberi kelebihan kepada JDT untuk memasuki kawasan penalti Selangor.
Melalui cara serangan itu juga ia telah membuahkan hasil apabila Harimau Selatan memperolehi jaringan pertama melalui hantaran lintang yang tepat daripada Oscar kepada Herberty Fernandes. Bermula dengan jaringan itu barulah Harimau Selatan berjaya merobek laluan tengah Red Giants setelah mereka bermain secara terbuka. Selain itu penulis juga tertarik dengan peranan yang dimainkan oleh Hong Wan sebagai “defensive midfield” yang mana banyak menyekat pemain-pemain midfield Red Giants melorongkan bola ke hadapan dan itu yang membuatkan Harimau Selatan mendominasi bahagian tengah.
Kecekapan Scolari dan pasukan kejurulatihan Harimau Selatan yang berjaya menghidu taktikal dimainkan Tan Cheng Hoe itu dengan pantas ia juga telah memberikan kelebihan kepada juara bertahan Liga Super itu. Inilah kekuatan yang ada pada juara bertahan Liga Super dab Piala FA baru-baru ini apabila Scolari bijak dalam merubah corak serangan Harimau Selatan melalui kekuatan yang ada pada setiap individu pemainnya dan atas faktor kombinasi kekuatan yang ada pada pemainnya itu yang membuatkan JDT berjaya dalam mencorakkan pelbagai variasi serangan sehingga lawan sukar membacanya.