ACL2
Selangor calon paling layak ke ACL2
Malaysia menduduki tempat kelima Ranking MA Kejohanan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) zon Timur.
Sekiranya gagal memintas Thailand di kedudukan keempat, Selangor masih lagi relevan untuk ke pentas Asia menerusi slot Liga Juara-Juara 2 (ACL2) selepas kecemerlangan Johor Darul Ta'zim (JDT) meletakkan Malaysia di pentas tertinggi.
Juara MFL Challenge Cup itu merupakan calon paling layak mengisi slot tersebut selain mengekalkan kedudukan kedua terbaik Liga Super, musim ini.
Iklan
"Juara pertandingan kalah mati (Piala FA atau sebagainya) wajar mewakili negara dalam slot ACL2.
"Peraturan juga mengatakan, jika pasukan yang sama menjadi juara liga dan juara pertandingan, maka pasukan yang menduduki tempat kedua akan mengambil slot kedua," kata Setiausaha Agung AFC, Datuk Seri Windsor Paul, kepada wartawan, Fina Nasrom.
Seandainya penganjur, Liga Bolasepak Malaysia (MFL) mahu mengubah kelayakan, itu akan mendatangkan pelbagai kepayahan buat semua pihak.
"Mekanisme ini harus diterangkan kepada seluruh pasukan sebelum pertandingan liga berjalan.
"Ia sepatutnya menjadi automatik.
"Juara liga akan bermain di Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), manakala naib juara atau juara Piala FA, Piala Malaysia akan bermain di ACL2.
"Jika pasukan itu tidak memiliki lesen AFC, ia akan digantikan dengan pasukan tempat ketiga yang mempunyai syarat," tambahnya.
Must-Watch Video