Skip to main content

Bola Sepak

Selamat datang ke JDT, Morais

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

ulisses-morais-coach-200617.jpg
Skuad Johor Darul Ta'zim (JDT) mengumumkan pelantikan jurulatih dari Portugal, Ulisses Morais, sebagai pengendali baru pasukan juara bertahan Liga Super itu.

Pengumuman itu menamatkan persoalan mengenai jawatan panas dalam skuad Harimau Selatan selepas pengendali sementara, Benjamin Mora, kembali menjalankan tugas bersama skuad JDT II.

“Morais akan memegang jawatan sebagai ketua jurulatih dan pengurus di JDT,” memetik daripada laman Facebook rasmi JDT, Johor Southern Tigers.

Pengendali berusia 58 tahun itu pernah mengemudi beberapa pasukan dalam Liga Portugal, antaranya Famalicao, Aves dan S.C Beira Mar.

Morais sebelum ini dikaitkan dengan jawatan ketua jurulatih skuad kebangsaan, namun spekulasi itu tamat selepas Nelo Vingada dilantik bulan lalu.

Kredit gambar: Johor Southern Tigers

Advertisement

Must Watch Video