Skip to main content
ligasuper

Jom Undi Gol Terbaik Liga Super Sekarang!

Bola Sepak

Selamat datang Hafizul Hakim -- KL City

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

hafizul-hakim.jpg
Kuala Lumpur City mengesahkan ketibaan bekas penjaga gol kebangsaan, Hafizul Hakim selepas lengkapkan perpindahan dari Harini FT untuk musim 2024/25.
 
Hafizul Hakim merupakan bekas penjaga gol kebangsaan bagi skuad Malaysia di kempen Piala AFF edisi 2018 di mana Malaysia muncul naib juara selepas tewas kepada Vietnam dengan agregat 2-3.

Mengenai perpindahan Hafizul, wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam ada memuat naik satu hantaran di aplikasi 'X' malam tadi tentang perkhabaran itu.
 
Selain Harini FT, penjaga gol berusia 30 tahun ini sebelum ini pernah beraksi untuk Penang FC (2022), Perak FC (2016-2021) dan juga Melaka United pada musim 2015.



 

Advertisement

Must Watch Video