Skip to main content

Bola Sepak

Selamat 'anniversary' tragedi Man United dibelasah Liverpool 7-0

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

liverpoolmanu.jpg
Genap setahun pada tarikh 6 Mac tahun lalu, Liverpool membenam Manchester United dengan keputusan 7-0 di laman keramat The Reds, Anfield.
 
Tujuh gol tersebut dijaringkan oleh Cody Gakpo (2), Darwin Nunez (2), Mohamed Salah (2), dan Roberto Firmino.

Namun pencapaian itu gagal diulangi oleh anak buah Jurgen Klopp pada musim ini selepas sekadar seri tanpa jaringan pada pertemuan 18 Disember lalu, juga di Anfield.

Dua seteru ini bakal sekurang-kurangnya dua kali lagi pada perlawanan suku akhir Piala FA iaitu 12 Mac, dan kemudian aksi kedua Liga Perdana Inggeris (EPL), pada 7 April di Old Trafford.

Tapi tumpuan utama The Reds sudah pasti aksi menentang pencabar terdekat gelaran juara EPL, Manchester City pada hujung minggu ini, 10 Mac jam 11.45 malam.
 

Advertisement

Must Watch Video