Skip to main content

Bola Sepak

Sekali silap, kami hilang keyakinan -- Spalletti

spalletti-cropped_151xquylu847g1daoy5g8co2mh.jpg
INTER MILAN 1 CROTONE 1

Luciano Spalletti mempersoalkan watak barisan pemain Inter Milan selepas mereka diikat buat kali  kelima berturut-turut dalam Serie A.


Skuad Nerazzurri itu kini lapan perlawanan tanpa kemenangan liga selepas meraih keputusan 1-1 di San Siro awal hari ini menentang Crotone yang dibimbing legenda Inter, Walter Zenga.

Eder menanduk masuk untuk membawa tuan rumah di depan pada minit ke-23 tetapi Crotone menerusi Andrea Barberis meledak selepas rehat untuk menyamakan kedudukan.

Spalletti mengakui Inter tidak menunjukkan prestasi baik seperti pada awal musim ini dan mencabar skuadnya untuk keluar daripada kelemahan tatkala mereka mahu menamatkan saingan dalam kelompok empat teratas.

"Jelas sedikit kebimbangan berlaku kerana kami tidak banyak peningkatan walaupun selepas perubahan," kata Spalletti kepada Mediaset Premium.

"Kami tidak boleh hanya bersaing, kami mesti bekerja untuk mencari keyakinan melalui latihan bagi memberi gambaran jelas bagaimana untuk maju.

"Terbukti, terdapat beberapa kesukaran kerana kami tidak memenangi perlawanan dan tidak dapat bermain dengan berani.

"Prestasi kami merosot sedikit. Dalam serangan kami tidak cukup tajam. Kami di bawah prestasi sebenar. Beberapa pemain yang boleh membuat perbezaan dan boleh memberikan kualiti, beraksi di bawah tahap sebenar."

Advertisement

Must Watch Video