Skip to main content

Bola Sepak

Segovia tekad bawa Selangor lebih tinggi

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

15617sergovia_1.jpg
Awang import baru Selangor, Rufino Segovia del Burgo, bertekad memperbaiki kedudukan Selangor dalam Liga Super dan juga memberi saingan kuat dalam Piala Malaysia musim ini.

Bagi Segovia, Selangor menjadi pilihannya kerana reputasi dan sejarah pasukan itu di Malaysia.

Segovia turut menyifatkan pemain import seperti Ugochukwu Ukah, Andik Vermansyah dan Francis Forkey Doe sebagai pemain berkualiti bersama tonggak tempatan lain.

"Kami perlu membuat persiapan yang rapi bagi menghadapi saingan Liga Malaysia buat musim ini. Selangor dibarisi pemain tempatan dan import yang berkualiti, saya yakin kami mampu menghasilkan
sesuatu," katanya.

Segovia dibawa masuk pengurusan Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) bagi menggantikan Giuliano Miniero dalam jendela perpindahan kedua Liga Malaysia.

Bekas pemain Atletico Madrid dan kelab Hong Kong, Kitchee SC, ini mampu beraksi di beberapa posisi berbeza di bahagian serangan.

Sementara itu, jurulatih Selangor, P. Maniam, turut berpuas hati dengan kelibat Segovia dan optimis pemain kelahiran Madrid ini mampu memberi impak positif buat pasukan mengharungi baki aksi musim ini.

"Kehadiran pemain-pemain ini memberikan manfaatkan kepada pasukan untuk menempuhi baki saingan musim ini," kata Maniam.

Rufino Segovia

Umur : 32 tahun
Asal : Madrid, Sepanyol
Posisi : Penyerang
Kelab terdahulu : Kitchee (2016/17)

Pencapaian:
• Juara Liga Perdana Hong Kong
• Juara Perisai Cabaran Senior Hong Kong
• Juara Piala FA Hong Kong

Advertisement

Must Watch Video