Penyerang import Selangor, Rufino Segovia, mencetus sensasi dalam aksi 'derby' Lembah Klang apabila meledak dua gol untuk membantu The Red Giants menumpaskan Kuala Lumpur 2-0, semalam.
Berentap untuk gelaran Raja Lembah Klang, pertemuan itu sememangnya dinantikan peminat, apatah lagi ia berlangsung di Stadium KLFA, Cheras yang kembali digunakan selepas sekian lama.
Kuala Lumpur, yang membuat penampilan pertama dalam saingan Liga Super dalam tempoh lima tahun, dikejutkan pada minit ke-15 susulan hantaran Azamuddin Akil berjaya disudahkan Segovia untuk gol pendahuluan Selangor.
Tersentak, The City Boys bangkit melakukan asakan dan peluang terbaik mereka untuk menyamakan kedudukan hadir pada minit ke-37, namun percubaan Ashri Chuchu diselamatkan pertahanan Selangor, K. Kannan.
Ketinggalan 0-1 pada babak pertama, tuan rumah menggandakan usaha pada babak berikutnya untuk meraih gol penyamaan.
Minit ke-63 menyaksikan Paola Hosue hampir menemui jaringan buat skuad Kuala Lumpur, namun percubaannya dinafikan palang gol.
Dan ketika mereka ghairah memburu jaringan, kealpaan benteng akhir dihukum Segovia yang menyumbat gol keduanya pada masa kecederaan, sekali gus memastikan kemenangan 2-0 memihak Selangor hingga tamat sepenuh masa.
"Kami telah menghasilkan banyak peluang tetapi gagal menjaringkan gol. Ini adalah perkara yang biasa. Kami akan memperbaiki kesilapan bagi menghadapi perlawanan seterusnya," kata jurulatih Kuala Lumpur, Fabio Maciel.
"Selangor telah beraksi dengan baik pada separuh masa pertama. Kuala Lumpur lebih cemerlang selepas perlawanan bersambung selepas rehat kerana mereka memberikan tekanan kepada kami.
"Daripada serangan balas, kami lebih efektif," kata pengendali Selangor, P. Maniam.
Kredit imej: FA Selangor