Skip to main content

Bola Sepak

Schmidt tinggalkan kerusi panas Wolfsburg

martin-schmidt.jpg
Martin Schmidt meletak jawatan sebagai pengurus Wolfsburg dengan kelab itu berdepan penyingkiran Bundesliga. 

Penalti  Robert Lewandowski pada masa kecederaan Sabtu lalu membantu Bayern Munich merakamkan kemenangan 2-1 dan ia merupakan sentuhan terakhir Schmidt di Wolfsburg. 

Sungguhpun mempamerkan semangat juang tinggi, naib juara musim 2015 itu hanya mencatat empat kemenangan sepanjang musim ini. 

Mereka sedang mencari calon baru untuk menggantikan peranan bekas pengurus Mainz terbabit yang mengambil alih kerusi panas itu selepas pemecatan Andries Jonker, September lalu.

Wolfsburg menghuni  tangga ke-14, satu mata dipisahkan dengan pasukan ketiga tercorot, Mainz, yang akan dihadapi dalam aksi Bundesliga seterusnya. 

Musim lalu juga menyaksikan kelab itu menggunakan tiga jurulatih berbeza, dengan Jonker menggantikan Dieter Hecking serta Valerien Ismael. Mereka memerlukan kemenangan play-off ke atas Eintracht Braunschweig untuk mengekalkan status dalam divisyen utama. 

Advertisement

Must Watch Video