Skip to main content

Bola Sepak

Schmelzer berharap Auba pilih kekal di Dortmund

pierre-emerick-aubameyang-110717.jpg
Ketua pasukan Borussia Dortmund, Marcel Schmelzer, berharap mereka dapat mencapai penyelesaian positif berkenaan masa depan Pierre-Emerick Aubameyang dalam masa terdekat. 

Tonggak Gabon itu, yang menamatkan saingan Bundesliga musim lalu sebagai penjaring terbanyak dengan 31 gol dalam 32 penampilan, kerap dikaitkan akan meninggalkan Signal Iduna Park.

Kelab Liga Super China, Tianjin Quanjian, dilaporkan mengadakan perbincangan untuk mengikat pemain itu, namun laporan di England mendakwa Chelsea sudah membuat tawaran bernilai GBP70 juta. 

Dengan jendela perpindahan China tutup pada Jumaat ini, Schmelzer menjangkakan masa depan Aubameyang akan diputuskan tidak lama lagi -- sekalipun dia masih berharap pemain berusia 28 tahun itu akan kekal. 

"Sudah tentu, kami akan gembira kalau Auba kekal," katanya sejurus kemenangan 3-2 Dortmund ke atas Rot-Weiss Essen.

"Kami sedar betapa pentingnya dia. Dia tidak akan menang Anugerah Penjaring Terbanyak dengan begitu sahaja. 

"Kami akan mengetahui sama ada dia kekal atau tidak kerana jendela perpindahan di China akan ditutup tidak lama lagi."

Advertisement

Must Watch Video