Zinedine Zidane menepis tanggapan bahawa James Rodriguez akan turun dengan misi membuktikan sesuatu ketika Real Madrid menghadapi Bayern Munich dalam separuh akhir pertama Liga Juara-Juara, awal pagi esok.
James boleh diturunkan dalam kesebelasan utama sambil juara Bundesliga itu perlu menggunakan kesempatan beraksi di laman sendiri terlebih dahulu.
Pemain antarabangsa Colombia itu kerap diketepikan ketika musim keduanya di Madrid sehingga memaksanya untuk menyertai Bayern secara pinjaman selama dua tahun selain mempunyai pilihan untuk membuat perpindahan tetap.
Menjelang pertemuan di Alliaz Arena nanti, dia mempunyai peluang untuk menghantui kelab induknya itu musim ini.
Namun, Zidane mendedahkan bahawa dia tidak pernah berhasrat melepaskan pemain itu daripada meninggalkan Sepanyol sambil menyatakan hubungan mereka tidak keruh di sebalik spekulasi media.
"Saya tidak mahu James pergi, dia yang memutuskan untuk pergi. Saya tidak pernah mempunyai masalah dengan James dan akhbar yang berlebih-lebih," kata pengurus dari Perancis itu kepada media.
"Saya fikir ia akan menambah motivasinya kerana dia seorang pemain bola sepak. Dia tidak perlu membuktikan apa-apa kepada sesiapapun.
"Sesiapa yang fikir saya mengetepikan James adalah silap.
"Dia mahu beraksi untuk membuktikan keupayaan dirinya kerana dia menggemari bola sepak dan itu sahaja."