Skip to main content

Bola Sepak

Saya tidak boleh dibandingkan dengan Salah, kata De Bruyne

debruyne-cropped_xz8g3ryf9wwm1a1787xhx94lc.jpg
Pemain Manchester City, Kevin De Bruyne, percaya dia layak memenangi Anugerah Pemain Terbaik Tahunan ketika menjauhkan diri untuk dibandingkan dengan penyerang sensasi Liverpool, Mohamed Salah.

De Bruyne bersedia menjadi antara pesaing untuk menuntut penghormatan individu itu setelah membantu City menghampiri kejuaraan Liga Perdana Inggeris.

Pemain tengah Belgium itu telah menjaringkan tujuh gol dan membuat 15 bantuan jaringan untuk skuad bimbingan Pep Guardiola itu musim ini.

Sementara itu, Salah mendahului senarai penjaring Liga Perdana dengan 29 gol -- 37 dalam semua pertandingan -- selepas ketibaannya dari Roma pada luar musim.

Kedua-dua pemain itu akan beraksi di peringkat suku akhir Liga Juara-Juara Eropah, awal pagi esok, dan De Bruyne berkata: "Kamu tidak boleh bandingkan -- ia mustahil. Bagaimana pemain dipilih?

"Semua orang mempunyai pendapatnya sendiri. Ia bergantung kepada apa yang dicari dalam diri pemain.

"Salah mempunyai pencapaian gol yang luar biasa, dan bagi saya, dia bermain dengan sangat baik dalam peranannya sebagai penyerang. Musim ini dia luar biasa.

"Untuk membandingkan kami, saya tidak tahu. Dengan statistik bagaimana kami boleh dibandingkan? Ia berbeza, saya bermain (menentang Everton) seperti pemain tengah bertahan, bagaimana kamu boleh bandingkan saya dengan penyerang? Saya tidak tahu.

"Dia cemerlang, rekod menunjukkan kemampuannya. Nasib baik, saya tidak perlu berbuat demikian."

De Bruyne menambah: "Jika saya mendapatnya, saya fikir ia baik untuk saya dan pasukan. Saya percaya saya layak kerana saya sangat konsisten dalam prestasi saya.

"Saya sangat gembira dengan diri saya, saya sangat gembira dengan permainan saya, saya tidak jangka ia sebaik ini musim ini. Ia jujur," katanya lagi.

Advertisement

Must Watch Video