Pemain Melaka United, Jasmir Mihat, berasakan sudah bersedia untuk disenaraikan dalam kesebelasan utama selepas hampir setengah musim memanaskan bangku simpanan dan tidak diberikan banyak peluang beraksi.
Jasmir adalah antara pemain muda yang mempunyai potensi bersama skuad Hang Tuah.
Anak jati Melaka itu mula menabur bakti bersama pasukan negerinya sejak 2014 dan menyinar ketika Melaka dibimbing Mat Zan Mat Aris sehingga berjaya muncul juara Liga Perdana 2016.
Tetapi selepas Eric Williams mengambil alih Melaka sejak awal musim 2017, khidmat Jasmir jarang digunakan.
Bagaimanapun, sinar untuk kariernya mula kelihatan selepas Melaka membawa masuk Eduardo Almeida bagi menggantikan Williams pada pertengahan musim ini, dengan jurulatih itu memberikan kepercayaan kepada Jasmir untuk beraksi semula.
Justeru, dia kini bertekad mahu membuktikan kewibawaanya untuk disenaraikan dalam kesebelasan utama skuad Melaka.
"Saya sebenarnya teringin untuk beraksi dalam kesebelasan utama sebab bermain sebagai pemain gantian tidak lama. Berapa minit sahaja," kata Jasmir sebelum skuadnya melayan kunjungan pasukan UiTM dalam saingan Piala Malaysia, malam ini.
Walaupun mengalami dua kekalahan berturut-turut dalam aksi Liga Super, tumpas kepada Kedah 4-2 dan Pulau Pinang 3-2, barisan pemain Melaka masih optimis dengan peluang mereka dalam kejohanan itu.
Kedudukan Kumpulan C kini menyaksikan Melaka menghuni tangga kedua dengan tiga mata, berkongsi mata dengan Kelantan di tempat ketiga, manakala Kedah memimpin di tangga teratas dengan enam mata.
"Perlawanan Piala Malaysia ini lain," kata kapten pasukan Melaka, R. Surendran.
"Kami sudah menang menentang Kelantan dalam perlawanan pertama. Jadi, kami harap dapat teruskan kemenangan. Tetapi bukan mudah untuk bertemu UiTM dan perlu bekerja keras."