Romelu Lukaku berasakan keputusan untuk mengekalkan Ole Gunnar Solskjaer sebagai pengurus tetap Manchester United sudah terlaksana sebaik pasukannya melakar kebangkitan luar biasa ke atas Paris Saint-Germain (PSG) dalam pusingan 16 Liga Juara-Juara Eropah, awal pagi tadi.
United menterbalikkan kekalahan 0-2 dalam perlawanan pertama di Old Trafford untuk menewaskan PSG 3-1 di Paris bagi ke suku akhir hasil kelebihan gol di laman lawan.
Jaringan penalti Marcus Rashford pada minit ke-94 menjadikan United sebagai pasukan pertama dalam Liga Juara-Juara Eropah berjaya bangkit selepas ketinggalan dua gol dalam perlawanan pertama di laman sendiri.
Kebangkitan United yang menakjubkan itu mencerahkan peluang Solskjaer untuk menjadi pengurus tetap United bagi menggantikan Jose Mourinho -- pengendali kelahiran Norway itu hanya tewas sekali sejak dilantik pengurus sementara Disember lalu.
Selepas menjaringkan dua gol, penyerang United, Romelu Lukaku, berkata kepada beIN SPORTS: "Saya berasakan ia sudah tertulis. Saya rasakan dia akan mendapatnya. Dia harus mendapatnya.
"Sebelum ini, mereka memperkatakan kami memenangi empat perlawanan pertama hanya disebabkan kami berdepan lawan lebih lemah.
"Namun, selepas menewaskan Tottengham Hotspur di laman mereka, Arsenal di laman mereka dan Chelsea di laman mereka dan kini PSG, apa lagi yang kami perlu buktikan?
"Dia membuatkan kami sentiasa bernafsu dan setiap pemain mahu melakukan lebih daripada yang termampu.
"Amat hebat untuk menjadi sebahagian daripada pasukan ini," katanya.
Lukaku, yang menjaringkan enam gol dalam tiga perlawanan terakhir, menambah: "Dia sudah melakukan segala-galanya.
"Secara peribadi, dia sudah ada perancangan.
"Dia mahukan saya benar-benar tajam dalam tempoh tiga ke empat minggu.
"Itulah yang terjadi. Saya banyak berusaha dan kini saya boleh katakan yang saya sudah cergas sepenuhnya.
"Untuk pasukan ini pula, dia membuatkan kami bermain secara menyerang.
"Dia memberikan pemain muda keyakinan.
"Dia amat tegas, namun tahu masa yang sesuai untuk memberikan pujian.
"Ketika sesi latihan, dia menekankan keperincian terhadap perkara yang kecil dan menerapkan aspek menyerang.
"Itulah yang pemain mahukan," katanya.
United bertandang ke Paris tanpa Paul Pogba yang digantung perlawanan dan Anthony Martial, Jesse Lingard, Ander Herrera, Nemanja Matic, Juan Mata, Alexis Sanchez dan Antonio Valencia yang cedera.
Namun, dua jaringan Lukaku dalam babak pertama dan gol penalti Rashford dalam waktu kecederaan membawa mereka ke suku akhir buat kali pertama sejak musim 2013-14
"Percaya. Perwatakan. Jika kita lihat kepada pasukan mereka, kami menyedari mereka amat baik dalam penguasaan permainan dengan memanfaatkan setiap ruang yang ada.
"Namun, dalam perlawanan hari ini, Ole mengarahkan Rashford untuk menghalang pemain tengah mereka.
"Itulah yang dilakukannya.
"Ketika melakukan serangan balas, kami perlu menyudahkannya dan kami berjaya.
"Saya amat yakin dua hari lalu ketika pengurus kami memberitahu saya dan Marrcus akan mengetuai barisan depan.
"Kami cuba beraksi kompak dan pantas melakukan serangan.
"Kami tahu kami mampu melakukan sesuatu yang berbeza pada bila-bila masa.
"Kami tidak boleh mengaku kalah sehingga wisel penamat dibunyikan dan itulah yang berlaku," katanya lagi.