Bintang Barcelona, Lamine Yamal, meraikan ulang tahun kelahirannya yang ke-18 dengan harapan untuk memenangi gelaran paling besar dalam karier pemain bola sepak.
Peningkatan mendadak yang ditampilkan Yamal musim lalu menyaksikan dirinya menyumbang secara langsung kepada 53 gol dalam semua pertandingan bersamaan 106 perlawanan untuk Barcelona
Remaja berbakat itu sudahpun mendapat pujian yang mengagumkan, setelah memenangi gelaran utama bersama Blaugrana, termasuk kejuaraan treble domestik mereka tahun lalu.
Prestasi memukaunya telah menjadikan dirinya dijangka mencabar Ousmane Dembele dari Paris Saint-Germain (PSG) untuk merangkul anugerah Ballon d'Or tahun ini.
Selepas permulaan yang menakjubkan pada 2024/25, pasukan bimbingan Hansi Flick adalah antara pilihan untuk meraih gelaran Liga Juara-Juara Eropah (UCL), trofi yang tidak pernah mereka dakap sejak musim 2014/15.
Harapan mereka musnah di separuh akhir oleh Inter Milan, yang mengenepikan hasrat dengan agregat 7-6.
Yamal menjadi penjaring termuda dalam separuh akhir UCL pada usia 17 tahun dan 291 hari, rekod yang sebelum ini dipegang oleh Kylian Mbappe (18 tahun 140 hari).
Dia juga menjadi remaja kedua yang menjaringkan gol dalam 16 terakhir, suku akhir dan separuh akhir dalam satu kempen UCL, selepas Mbappe untuk Monaco pada 2016-17.
Tetapi bukan hanya dengan Barcelona, Yamal juga membintangi pentas antarabangsa bersama Sepanyol semasa kejayaan Euro 2024 tahun lalu.
Pemain sayap itu masih belum beraksi dalam Piala Dunia, tetapi nampaknya dia akan membintangi edisi 2026, yang akan berlangsung di seluruh Amerika Syarikat (AS), Kanada dan Mexico.
"Berumur 18 tahun, saya ingin mencapai segala yang kami ada pada usia 16 dan 17, dengan gelaran yang kami hilang, UCL, dan juga Piala Dunia," kata Yamal kepada laman web Barcelona.
“Itulah yang saya mahukan.
"Saya mahu menang sekarang. Saya akan cuba dan memberikan segala-galanya untuk merealisasikannya.
"Saya hanya ingin memberitahu peminat bahawa kami akan berada di sana, berjuang.

Happy birthday to Lamine Yamal, winner of the Kopa Trophy last year!#ballondor pic.twitter.com/uumfqoPNqZ
— Ballon d'Or (@ballondor) July 13, 2025