Kim Pan-gon secara terbuka memberitahu bahawa keinginannya untuk terus kekal di Malaysia membimbing pasukan kebangsaan, seperti yang dilapor media sejak kebelakangan ini.
Ketika ditanya mengenai adakah keputusan ini didorong oleh tawaran luar sebagai pengendali pasukan lain, beliau secara jujur memberitahu pandangannya dalam sidang media tersebut.
"Ya saya ada memberitahu mengenainya, saya mahu kekal berada di sini (Malaysia), selama mana yang saya mampu. Tetapi selepas perlawanan bertemu Chine Taipei (Kelayakan Piala Dunia/Piala Asia), saya telah berjumpa dan berbincang dengan Dato' Hamidin secara terus, dan mengadakan perbincangan mendalam mengenainya beberapa kali. Namun selepas beberapa kali pertemuan, barulah beliau (Dato' Hamidin) menerima keputusan saya, kira-kira Jumaat atau Sabtu lepas." ulas beliau.
"Saya telah memberitahu beliau, segalanya yang saya rasa secara jujur, terbuka, dan tidak menyembunyikan apa-apa. Pada ketika itu, ia sudah berlanjutan selama 4 minggu, selepas perlawanan menentang Chinese Taipei. Dato' Hamidin tahu segala sebabnya saya mengambil keputusan ini" tambahnya.
Tanggungjawab mengendalikan pasukan kebangsaan akan digalas oleh pemangku jurulatih, Pau Marti untuk sekurang-kurangnya menghadapi kejohanan Pestabola Merdeka 2024 dan ASEAN Mitsubishi Electric Cup 2024.