LALIGA
Saya mahu Neymar di Real Madrid, kata bekas ejen Ribeiro
Neymar sepatutnya menyertai Real Madrid dan bukannya Barcelona, menurut bekas ejennya, Wagner Ribeiro.
Ribeiro menjelaskan pemain antarabangsa Brazil itu memilih menyertai Barca pada 2013 kerana mereka adalah "pasukan hatinya" walaupun Madrid mempersembahkannya tawaran yang lebih lumayan selain kelab Liga Perdana Inggeris, Chelsea.
Keutamaannya adalah untuk Neymar berpindah ke Madrid berbanding membuat pertukaran ke Camp Nou, satu perpindahan kontroversi yang membawa proses undang-undang ke atas struktur pembayaran dalam perjanjian itu.
Iklan
Bagaimanapun, kehidupannya di padang berjaya, dengan pemain berusia 25 tahun itu memenangi dua gelaran LaLiga dan Liga Juara-Juara antara lapan trofi dalam empat tahun bersama kelab itu.
"Saya menghantar tawaran daripada Chelsea dan Real Madrid ke Santos," kata Ribeiro kepada UOL di Brazil.
"Satu lagi daripada Barcelona pergi terus kepada bapanya. Saya mahu dia pergi ke Madrid, saya selalu berkata begitu.
"Daripada sudut ekonomi, ia adalah tawaran yang lebih baik untuk Santos dan lebih baik untuk pemain itu. Tetapi dia memutuskan untuk pergi ke Barcelona kerana mereka adalah pasukan pilihan hatinya."
Ribeiro, yang turut mengurus Robinho, Lucas Moura dan Gabriel Barbosa, mengekalkan hubungan rapat dengan Neymar.
Dia menambah: "Saya adalah ejennya sejak dia berusia 12 tahun dan mendapatkannya dua kontrak dengan Santos tetapi sejak dia besar, ayahnya menguasai segala-gala melalui syarikatnya.
"Dia (Neymar Sr) adalah seorang yang profesional, sangat kompeten dengan apa yang dia lakukan
"Tetapi saya masih bekerja dengan ayahnya, kami sentiasa bersama. Neymar adalah seperti seorang anak kepada saya dan bapanya boleh dipercayai, saya suka dan menghormati dia."
Must-Watch Video