Skip to main content

Bola Sepak

Saya hanya ikut arahan Mourinho -- Rashford

match-changer-rashford-i-was-just-following-mourinho-s-orders-.jpg

WEST HAM 0 MANCHESTER UNITED 2

Marcus Rashford berkata dia hanya 'mengikut arahan' daripada Jose Mourinho selepas tampil sebagai pemain gantian untuk memberikan inspirasi kepada kemenangan Manchester United 2-0 ke atas West Ham.

Penyerang England itu diperkenalkan selepas 58 minit perlawanan berlangsung di Stadium London dan mencipta peluang untuk menjaringkan gol lima minit kemudian, melakukan pergerakan dari bahagian kiri sebelum melakukan hantaran kepada Juan Mata untuk meledak gol pembukaan.

Zlatan Ibrahimovic menambah jaringan di penghujung perlawanan selepas West Ham terpaksa menamatkan perlawanan dengan 10 pemain selepas pengadil perlawanan, Mike Dean, melayangkan kad merah kepada Sofiane Feghouli gara-gara terjahan keras ke atas Phil Jones.

"Mourinho meminta saya untuk berada di bahagian sayap dan cuba untuk mengganggu permainan pertahanan lawan. Kami berjaya menjaringkan gol dan saya hanya mengikut setiap arahannya," jelas Rashford.

"Saya sangat gembira denagn tiga mata penuh yang diraih.

"Kami semakin hampir untuk berada dalam kelompok empat terbaik. Saingan sangat sengit di antara kedudukan kedua hingga keenam, jadi kami perlu mengambil satu perlawanan demi satu perlawanan dan cuba untuk mengutip tiga mata penuh"

Kemenangan ini membezakan United satu mata dengan Arsenal, yang bakal berdepan Bournemouth, hari ini.

Mata berkata: "Kami memerlukan kemenangan, kami menyedari keputusan pesaing kami, jadi kami perlu meraih sebanyak mata yang mungkin.

"Rashford telah beraksi dengan baik di bahagian sayap dan saya memastikan bola menembusi gawang gol."

Mourinho berkata beliau amat berpuas hati dengan peranan pemain gantian selepas kesebelasan utama gagal mencari jalan untuk menembusi pertahanan lawan.

"Setiap pasukan mengharungi jadual yang sukar dan padat tetapi saya cuba menenangkan pasukannya dan memberitahu kepada pemain apa yang saya mahukan.

"Saya sangat gembira dengan pilihan saya dalam separuh masa kedua, Mata dan Rashford. Mereka memberikan apa yang kami perlukan.

"Dalam dua perlawanan lepas, Rashford memainkan peranan yang penting buat pasukan. Saya menyedari mereka (West Ham) tidak ada pemain gantian bek kanan dan saya mengetahui Rashford mampu menghasilkan sesuatu buat pasukan."

Mourinho yakin pemain berusia 19 tahun itu mampu menjadi pemain utama pasukan di masa akan datang.

"Dia seorang pemain yang bertanggungjawab, profesional dan sangat matang.

"Rashford adalah pemain Manchester United yang memiliki DNA Manchester United dan kualiti Manchester United."

 

Advertisement

Must Watch Video